Thursday 31 July 2014

AKAUN MASJD UMAR ABDUL AZIZ

ALUMNI SMKPC YANG PROAKTIF

31Julai 2014.Seramai 25 orang daripada 42 orang ahli Alumni 3x tahun 1977 telah bersatu hati menderma sebanyak Rm 1100 untuk menjayakan pembinaan masjid sekolah yang dinamakan Masjid Umar Abdul Aziz. Inisiatif Pengerusinya,  Tuan Hj.Azhar Ahmad yang telah menganjurkan perjumpaan sempena sambutan Hari Raya Aidil.Fitri 1435H perlu dicontohi oleh Alumni yang lain kerana selain mengeratkan sillaturahim, program seumpama ini juga membantu pihak sekolah
membangunkan prasarana.Usaha membantu pembinaan masjid amat besar ganjarannya d sisi Allah,malah Allah telah mengibaratkan seperti memberi pinjaman yang akan diberi ganjaran berlipat kali ganda. Tn.Hj.Mohd Nor bin Jaafar salah seorang ahli alumni melahirkan rasa terharunya kerana  salah seorang ahli yang bertugas di Kota Merudu Sabah sanggup pulang ke Kelantan semata-mata untuk menjayakan perjumpaan ini.SYABAS!.SEMOGA USAHA MURNI DBERKATI....

Wednesday 23 July 2014

MAJLIS TADARUS ALQURAN DAN PENUTUP PROGRAM IHYA RAMADHAN 2014

23JULAI( SELASA )  - Program Tadarus Al Quran pada tahun ini mencipta satu inovasi apabila semua pelajar dan guru terlibat.Syabas..sayu terasa melihat suasana majlis ilmu yang penuh syahdu ini...

TITIPAN BICARA AKHIR SEBELUM BERSARA...

MAJLIS LAMBAIAN KASIH SEMPENA PERSARAAN PN HJH NORMAH BT MOHYIDEEN

24JULAI.SMKPC  hari ini mengukir satu lagi sejarah apabila berlangsung satu lagi majlis persaraan guru yang berpengalaman iaitu Pn Hjh Normah bt Mohyideen yang telah menabur jasa bakti d sekolah ini selama 37 tahun 7bulan .Majlis yang penuh syahdu dan meriah ini diharapkan menjadi memori manis kepada beliau.Sesungguhnya Pn Hjh Normah adalah merupakan seorang guru yang dedikasi sehingga ke hari-hari terakhir beliau bergelar sebagai seorang pendidik.
JASAMU DIKENANG.

MAJLIS SUMBANGAN AIDIL FITRI DAN AGIHAN ZAKAT 2014

24 JULAI. Selaras dengan  agenda Kementerian Pendidikan untuk merealisasikan sekolah Penyayang, Pengetua SMKPC,  Tuan Hj.Mukhter bin Mahmod pada hari ini sebagai pemimpin SMKPC telah berjaya melakukan satu 'turning point". dalam
era SMKPC apabila majlis sumbangan Aidil Fitri  kali ini diisi dengan pengisian zakat dalam bentuk beras dan wang kepada seramai 150 orang pelajar yang layak.
Semua pelajar juga menerima sedikit sumbangan duit raya.
Dalam ucapan perasmiannya, Tuan Pengetua
menyuarakan hasrat supaya para pelajar sekolah ini bersiap siaga dengan ilmu,kemahiran dwibahasa, dan kemahiran komunikasi agar mampu bersaing  dalam era globalisasi ini.
Tuan Pengetua juga merakamkan ucapan terima kasih kepada jawatankuasa yang terlibat dan berharap semua pelajar memanfaatkan cuti hari raya dengan sebaik-baiknya.
Syabas!!!SEMOGA SMKPC TERUS MEMPUNYAI WATAK SEKOLAH PENYAYANG..

Tuesday 22 July 2014

MAJLIS PERASMIAN PENUTUP PROGRAM IHYA RAMADHAN DAN KHATAM AL QURAN

23JULAI 2014.Pengetua SMKPC  , Tn Hj.Mukhter bin Mahmod telah merasmikan Majlis Penutup Ihya Ramadhan 2014.Dalam ucapannya Tuan Pengetua menganggap majlis seumpama ini amat bertepaan sekali dengan keberkatan Ramadhan Al Mubarak. Beliau juga merakamkan ucapan terima kasih kepada para pelajar, guru dan pihak swasta yang memberi sumbangan untuk masjid sekolah, zakat dan derma untuk GAZA.     Kepada semua pelajar dan guru beliau berharap semoga amalan dalam bulan Ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini dapat membantu kita semua menjadi insan yang lebih berkualiti.

Saturday 19 July 2014

MAJLIS PENYAMPAIAN DERMA UNTUK PALESTIN

PROGRAM SELAMATKAN GAZA,BEBASKAN PALESTIN

20 JULAI 2014- SMKPC terus mara dan proaktif menyuntik sikap prihatin para pelajar dan warga sekolah terhadap denyut nadi penderitaan rakyat Palestin di bumi Gaza.Program yang amat murni ini berjaya mengumpulkan derma  untuk disampaikan kepada Dr Mohd Arif bin Abdul Rashid, Wakil HALWAN KELANTAN  Kutipan derma yang berjaya dikumpulkan pada pagi ini adalah sebanyak Rm 5400.

Imam dari Gaza.Muiz Khatab, 22 tahun  telah mengetuai program Tadarus Al Quran pada pagi ini dan beliau juga telah berkongsi pengalaman keperitan hidup rakyat Palestin yang telah menderita sejak sekian lama iaitu sejak 2007, tahun zionis Israel mula menyerang bumi Gaza.Serangan ketiga secara besar-besaran pada tahun ini bermula pada 10 Ramadhan.Setakat ini lebih 300 terkorban dan 3000 tercedera dan sebahagian mangsa yang tercedera ialah golongan kanak-kanak.Senario yang menyedihkan ini amat meruntun hati...semoga warga SMKPC menghargai nilai keamanan dan mempunyai cinta sesama Islam..marilah kita sama-sama menitipkan doa pada bulan yang berkat ini. ..
Sesungguhnya penderitaan rakyat Palestin tak mampu diungkapkan dengan perkataan...
Syabas kepada Unit Sains Sosial yang menguruskan program murni ini. .SMKPC merupakan sekolah pertama yang menganjurkan program Selamatkan Gaza Bebaskan Palestin.
Semoga SMKPC dapat merealisasikan sekolah Penyayang yang merupakan antara visi Kementerian Pendidikan.

Tuesday 15 July 2014

Penyampaian Baucer Buku Kepada Para Pelajar Prau Penggal 1( 6 Bawah )
30 jUN 2014. Majlis Penyampaian telah disempurnakan oleh Ybrs. Tuan Pengetua SMKPC, Tn.Hj. Mukhter Mahmod di Dewan Utama SMKPC . Dalam ucapannya , beliau merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Malaysia atas keprihatinan kepada para pelajar ke arah untuk meningkatkan kualiti pendidikan negara. Beliau menyeru para pelajar yang menerima baucer supaya menghargai kemudahan yang diberi dengan membeli buku-buku rujukan yang bersesuaian .



PROGRAM IHYA RAMADHAN 2014/1435H

Tn Hj.Mukhter bin Mahmod, Pengetua SMKPC telah merasmikan program Ihya Ramadhan pada 26 Jun yang lalu.Program yang bermula pada 26 Jun ini akan berakhir pada 23 Julai 2014.Majlis penutup program diiringi dengan majlis khatam Quran.
Objektif program ini adalah untuk melahirkan generasi yang cintakan Al Quran.
Pengisian Program adalah ceeamah agama, tadarus Al Quran guru dan pelajar,tazkirah Ramadhan,kutipan derma, kuiz spontan dan bantuan zakat kepada para pelajar miskin.Semoga majlis ini diberkati Allah.

Monday 14 July 2014

Sunday 13 July 2014

Lagi Gambar sekitar majlis mentor mentee anjuran unit kemerlangan SPM...

Pengetua menyempurnakan perasmian Hari Koperasi Peringkat SMKPC 2014

HARI KOPERASI PERINGKAT SEKOLAH

Pada 25 JUN 2014, Pengetua SMKPC, Tn.Hj.Mukhter bin Mahmod telah menyempurnakan perasmian dengan upacara menanam pokok.
Objektif program adalah untuk meningkatkan kesedaran murid tentang faedah yang diperolehi dengan menjadi ahli koperasi.Selain itu, program ini juga bertujuan untuk menarik minat murid menceburi bidang keusahawanan dan meningkatkan kerjasama dan integrasi dalam kalangan murid dan guru melalui aktiviti yang dianjurkan.

SEKAPUR SIREH DARIPADA PENGETUA SMKPC YANG BARU...



SEKAPUR SIREH DARIPADA PENGETUA SMKPC 


                             HJ. MUKHTER BIN MAHMOD                      

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya Buletin Citra SMKPC berjaya direalisasikan .Sesungguhnya semangat kerja berpasukan dan semangat yang tegar berupaya membuahkan hasil , ibarat kata pepatah , hendak seribu daya , tak hendak seribu dalih .Dokumentasi adalah bukti yang mencerminkan watak sesebuah organisasi .Sehubungan dengan itu, usaha untuk menerbitkan buletin adalah antara usaha murni untuk menyemarakkan budaya ilmu dalam kalangan warga SMKPC. Sebagai pemimpin yang diamanahkan untuk menjana kegemilangan SMKPC , saya amat berharap dan menyeru agar budaya kerja berprestasi tinggi akan menjadi amalan seluruh warga sekolah.Kepada anak-anak pelajar, berusahalah bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan demi masa depan . Sejarah telah membuktikan hanya mereka yang berusaha secara luar biasa yang mampu merekodkan kejayaan yang luar biasa.Marilah kita sama-sama bersatu hati mencipta dan mengukir sejarah manis untuk SMKPC yang tercinta ini ,,,

PROGRAM MENTOR MENTEE UNTUK KECEMERLANGAN SPM 2014

14JULAI 2014-Tuan Pengetua SMKPC, Tn.Hj.Mukhter bin Mahmod telah menyempurnakan Majlis Pelantikan Mentor Mentee anjuran unit Kecemerlangan SPM dan unit Kaunseling.Majlis yang diadakan di Dewan Utama sekolah itu diharapkan dapat membantu meningkatlan kecemerlangan SPM pada tahun ini.

Para pelajar sedang mengikuti ceramah Pencegahan Denggi

--- --- Sent by WhatsApp

Saturday 12 July 2014

Program Ceramah Kesedaran Tentang Wabak Denggi

Encik Mohd Nasir bin Mohd Noor,Pegawai Kesihatan telah menyampaikan ceramah tentang peranan semua pihak untuk membasmi denggi.Wabak yamg semakin serius ini perlu mendapat perhatian semua pihak kerana pada tahun ini sahaja lebih 3000 kes telah direkodkan di seluruh negara.
Ceramah yang dianjurkan oleh UNIT KESIHATAN SEKOLAH dibawah seliaan HEM ini dharapkan dapat menyuntik kesedaran dalam kalangan pelajar dan seluruh warga sekolah.

Friday 11 July 2014

BLOG BULETIN CITRA INI SEDANG DALAM PROSES...SEMOGA ALLAH IZIN KELAHIRANNYA SEBAGAI SALAH SATU IBADAH DAN WADAH ILMU...